Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyerahan poster sempena HUT ABDB ke-63

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Bagi membarigakan mengenai hari kemuncak Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-63, yang akan diadakan pada 1 Jun, poster mengenainya telah diagih-agihkan.

    Majlis penyerahan poster-poster berkenaan telah diadakan hari ini di di Dewan Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-63,
    Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat.

    Pada majlis itu, Kolonel Muhammad Wata telah menyerahkan sebanyak 300 keping poster terbitan Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan kepada wakil-wakil dari kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan serta wakil dari unit-unit ABDB.

    Dengan tema Bersama Menjayakan Wawasan Negara, upacara hari kemuncak sambutan berkenaan akan diadakan di Penanjong Garison.

    Kolonel Muhammad Wata semasa hadir ke majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Kolonel Muhammad Wata menyerahkan poster kepada wakil-wakil dari kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan serta wakil dari unit-unit ABDB. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda