Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyerang bekas Presiden Argentina dihukum penjara 14 tahun

    BUENOS AIRES, 9 OKT – Dua individu dijatuhi hukuman penjara selama beberapa tahun oleh sebuah mahkamah Argentina atas kesalahan cubaan membunuh bekas Presiden Cristina Kirchner tiga tahun lepas, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Suspek utama dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan cubaan membunuh, yang apabila digabungkan dengan satu lagi sabitan kesalahan berjumlah 14 tahun.

    Teman wanitanya ketika itu, membantu merancang serangan berkenaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh mahkamah di Buenos Aires, manakala seorang lagi tertuduh dibebaskan.

    Perincian penghakiman dijadualkan diterbitkan pada 9 Disember, selepas itu pasukan pembelaan boleh memfailkan rayuan.

    Pada 1 September 2022, seorang lelaki mengacukan sepucuk pistol ke arah Kirchner dari jarak dekat di luar rumahnya di Buenos Aires dan menarik picu sekurang-kurangnya sekali, namun tiada tembakan dilepaskan.

    Lelaki itu kemudiannya ditumpaskan oleh penyokong Kirchner sebelum ditahan polis. – Bernama

    Fernando Sabag Montiel, suspek utama dalam serangan terhadap bekas Naib Presiden Cristina Kirchner. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda