Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyerang berparang ditumpaskan

    PARIS, 3 Feb – Seorang askar Perancis yang membuat rondaan di muzium Louvre di Paris menembak dan mencederakan parah seorang lelaki bersenjatakan parang hari ini yang menjerit “Allahu Akbar” apabila dia menyerang pasukan keselamatan, menurut pihak polis.

    Ratusan pengunjung dikurung untuk memastikan keselamatan di galeri lukisan terkenal dunia itu di tengah Paris selepas penyerang itu ditembak lima kali kira-kira 10:00 (1100 GMT) di kawasan awam di dalam kompleks itu.

    Perdana Menteri Bernard Cazeneuve menggelar serangan itu sebagai satu serangan pengganas.

    Seorang tentera mendapat cedera ringan dan telah dibawa ke hospital, sementara lelaki bersenjata itu dalam keadaan parah namun masih hidup, menurut pasukan keselamatan.

    Dua beg galas yang dibawa oleh penyerang itu diperiksa oleh pasukan khas pembuangan bom di tempat kejadian dan tidak mendapati sebarang bahan letupan.

    Pihak polis menjalankan rondaan di sekitar muzium Louvre selepas berlakunya serangan itu. – AFP
    Pihak polis menjalankan rondaan di sekitar muzium Louvre selepas berlakunya serangan itu. – AFP

    Insiden itu mencetuskan kegelisahan segar di negara yang masih dihantui oleh beberapa serangan pengganas dalam tempoh dua tahu dan di bawah kecemasan negara sejak November 2015.

    Pada mulanya askar terbabit cuba melawan penyerang berkenaan sebelum menembaknya sebanyak lima kali.

    Seorang pegawai kesatuan polis berkata, lelaki itu menyerang anggota tentera berkenaan selepas dia dilarang membawa masuk begnya ke dalam pusat membeli belah Carrousel du Louvre yang terletak di bawah muzium terkenal di dunia yang mempamerkan potret ‘Mona Lisa’.

    “Dia mengeluarkan pisau dan cuba menikam tentera itu,” kata pegawai berkenaan, Yves Lefebvre. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda