MEXICO CITY, 30 JUN – Penyerang yang tidak dikenali bertindak membunuh wartawan Antonio de la Cruz dari akhbar tempatan Expreso dan mencederakan anak perempuannya di kediaman beliau di Ciudad Victoria, Tamaulipas, lapor Sputnik.
“Menurut maklumat awal, beliau diserang di rumahnya sendiri di jalan Puerta de la Luna, di kawasan Puerta de Tamatán di Ciudad Victoria,” menurut akhbar itu dalam satu kenyataan kelmarin. Anak perempuannya turut cedera dalam serangan itu. – Bernama