Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyertaan DEA2023 kini dibuka

    KUCHING, 30 OGOS – Kerajaan Sarawak, dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), mengumumkan bermulanya Anugerah Ekonomi Digital 2023 (DEA2023).

    Anugerah itu bertujuan mengiktiraf individu dan organisasi yang memacu inisiatif digital di Sarawak.

    “SMA mempelawa penyertaan daripada pelbagai sektor untuk mempamerkan idea inovatif, penyelidikan, kepimpinan berwawasan dan penyelesaian mereka yang menyumbang kepada transformasi digital Sarawak.

    “DEA2023 tahun ini serentak dengan Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) yang akan berlangsung mulai 4 hingga 6 Oktober,” menurut SMA dalam kenyataan hari ini.

    Kategori anugerah termasuk Anugerah Ekonomi Digital Premier yang berprestij bersama lapan kategori lain seperti Transformasi Teknologi Digital, Keusahawanan dan Pemula, Kandungan Kreatif Digital dan Kelestarian Alam Sekitar. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda