Oleh Salawati Haji Yahya
BANDARI SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah akan diadakan 6 September nanti secara serentak di keempat-empat daerah bermula pada pukul 7pagi.
Sehubungan itu, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini menjelaskan Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah mempelawa penyertaan pasukan-pasukan dan orang ramai bagi bersama-sama ikut serta dalam sambutan itu nanti.
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, penyertaan dibukakan kepada empat kategori iaitu Kategori Kementerian-kementerian, Kategori Institusi Pengajian Tinggi / Maktab / Sekolah Arab / Sekolah Menengah/ Swasta, Kategori Kampung dan Masjid, dan Kategori Persatuan dan Sektor Swasta.
Borang-borang penyertaan bagi Daerah Brunei Muara telah dibukakan dan boleh diperoleh daripada Urus setia Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, KHEU, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam.
Borang penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan kepada Urus setia berkenaan atau melalui faks di talian 2382351 atau e-mel: syiar.islam@mora.gov.bn.
Manakala borang-borang penyertaan bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong boleh diperoleh di Pejabat Hal Ehwal Ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama, dan borang penyertaan juga boleh diperoleh melalui laman sesawang www.kheu.gov.bn.
Tarikh tutup pendaftaran dan mengembalikan borang penyertaan ialah pada 28 Ogos pukul 4 petang.
Bagi Daerah Brunei dan Muara untuk pertanyaan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi di talian 2382301 sambungan 234 & 237.
Daerah Belait hubungi talian 8874466, Awang Mohd Noorsuffian bin Haji Yahya di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, manakala Daerah Tutong di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong hubungi Dayang Noraini binti Haji Saniahdi talian 8243010.
Sementara di Daerah Temburong, Haji Hazimin bin Haji Metali, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong di talian 8851981.


