Friday, February 21, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyertaan musabaqah membaca Al-Quran dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bersama Jawatankuasa Takmir Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait akan mengadakan Musabaqah Membaca Al-Quran untuk Lelaki dan Perempuan berumur 40 tahun ke atas bagi Masjid, Surau dan Balai Ibadat Seluruh Negara Kali Kelima, bagi tahun 1444H/2023M pada 9 dan 11 Februari depan.

    Musabaqah berkenaan adalah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berumur 40 tahun ke atas (lahir pada 1983 dan ke bawah) yang berkeinginan untuk turut serta dalam musabaqah tersebut bolehlah mendapatkan borang di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Masjid Mohammad Jamalul Alam atau melalui Pejabat Hal Ehwal Masjid di setiap daerah.

    Tarikh tutup bagi mengembalikan borang penyertaan adalah pada 1 Februari, pukul 4 petang.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Bersama Musabaqah, Awang Akup bin Haji Lamat di talian 8775464 semasa waktu pejabat atau Setiausaha Bersama Musabaqah, Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar di talian 8831350 semasa waktu pejabat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda