KUALA LUMPUR, 28 JULAI – Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) sedang memuktamadkan perjanjian dengan pihak Yamaha berhubung penyertaan juara dunia tujuh kali kelas MotoGP, Valentino Rossi dalam pasukan berkenaan musim depan. Prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata keputusan penyertaan pelumba Itali itu, yang dikenali dengan panggilan ‘The Doctor’, dijangka diketahui pada Grand Prix (GP) Styria yang dijadual berlangsung di Litar Red Bull Ring-Spielberg,