Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyertaan Sarawak Metro di InnoTrans 2024 lakar pencapaian penting

    KUCHING, 7 OKT – Penyertaan Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) di pameran InnoTrans 2024 di Berlin baru-baru ini membuka ruang untuk mengadakan konsultasi dengan pengendali perkhidmatan awam.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mazli Mustaffa dalam satu kenyataan hari ini berkata penyertaan Sarawak Metro di pameran perdagangan terbesar dunia yang memberikan tumpuan kepada industri pengangkutan rel itu satu pencapaian signifikan bagi organisasi berkenaan.

    Penyertaan itu atas pelawaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebagai sebahagian delegasi perdagangan MATRADE bagi pameran di bawah ‘Astaka Malaysia’ atau Pavilion Malaysia.

    “Penyertaan dalam acara berprestij ini satu kebanggaan bagi kami terutamanya sebagai sebuah syarikat yang berpangkalan di Sarawak memandangkan acara setiap dua tahun ini menghimpunkan pemain utama industri dari seluruh dunia.

    “Kesempatan berharga yang diberikan MATRADE dan Malaysia Rail Industry Corporation (MARIC) itu bukan sahaja memberikan kami peluang berkongsi kisah transformasi pengangkutan awam Sarawak malah turut mencipta peluang lain,” katanya. – Bernama

    Gambar Sarawak Metro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda