Monday, March 31, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyesalan yang tidak berguna

    Hampir 10 hari ditahan pihak polis berhubung kes dadah, pelakon Jefri Nichol dilihat menyesal dengan perbuatannya dan kini lebih mendekati diri kepada Allah.

    Menurut laporan Liputan6, Jefri yang berada dalam tahanan bersama rakannya yang juga pengarah, Robby Ertanto banyak melakukan aktiviti keagamaan seperti mengaji Al-Quran.

    “Sepanjang dalam tahanan, dia banyak menghabiskan waktu dengan melakukan aktiviti keagamaan seperti mengaji Al-Quran untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Yang pasti, dia kelihatan sangat menyesal dengan perbuatannya,” kata Ketua Polis Metro Jakarta Selatan ketika ditemui media baru-baru ini.

    Pelakon yang mula dikenali di Malaysia menerusi filem Jailangkung itu ditahan dan disiasat polis berhubung kes membabitkan dadah pada 23 Julai lalu.

    Jefri berkemungkinan bakal berhadapan dengan hukuman 12 tahun penjara jika disabitkan kesalahan. – Agensi

    Menurut laporan, Jefri yang berada dalam tahanan bersama rakannya yang juga pengarah, Robby Ertanto banyak melakukan aktiviti keagamaan seperti mengaji Al-Quran. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda