Penyiar awam Australia kurangkan 250 pekerjaan

SYDNEY, 24 JUN – Penyiar awam Australia mengumumkan hari ini bahawa ia akan mengurangkan 250 kakitangan, dalam langkah terbaharunya tatkala kerajaan konservatif negara itu berusaha untuk mengurangkan pembia-yaan pembayaran cukai.

The Australian Broadcasting Corporation (ABC) – berusaha mencari peruntukan puluhan juta dolar AS ketika dana kerajaan terus dipotong.

“Kami menjangkakan kami mengurangkan sebanyak 250 orang melalui proses ini,” kata Pengarah Urusan ABC David Anderson yang menggariskan rancangan penstrukturan lima tahun.

Anderson mengatakan bahawa pemberhentian kerja tidak dapat dielakkan setelah anggaran penyiar itu dikurangkan dengan efektif sebanyak Aus$84 juta (AS$58 juta) selama tiga tahun.

Menurut ABC, pendapatan tahunannya dari kerajaan sekitar Aus$879 juta pada tahun kewangan ini.

ABC beroperasi di seluruh benua Australia, dengan wartawan berpusat di kawasan luar bandar dan pedalaman, dan merupakan tempat paling dipercayai di negara ini menurut tinjauan pendapat umum baru-baru ini.

Menteri Komunikasi Paul Fletcher mengatakan penyusunan semula itu diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan landskap media yang berubah. Dia menyambut baik rancangan untuk memindahkan 75 peratus kakitangan keluar dari ibu pejabat penyiar Sydney.

“ABC perlu mencerminkan seluruh Australia, dan Sydney bukan Australia,” kata Fletcher kepada wartawan . – AFP