Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyiasat Mexico temui 17 mayat di rumah terbiar

    BANDARAYA MEXICO, 28 MEI – Penyiasat orang hilang menemui 17 mayat dalam sebuah rumah terbiar di wilayah tengah Mexico yang dibelenggu keganasan jenayah, kata pejabat pendakwa raya negeri.

    Anjing pengesan dan radar penembusan tanah telah digunakan untuk mengesan mayat minggu lalu di Irapuato di negeri Guanajuato, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu.

    Pisau, parang, beliung dan penyodok juga ditemui.

    Lima daripada mangsa – empat lelaki dan seorang wanita – telah dikenal pasti sebagai orang hilang, menurut Pendakwa Raya.

    “Keluarga mereka telah dimaklumkan,” kata Pegawai Negeri Guanajuato, Jorge Jimenez, kepada pemberita.

    Guanajuato ialah hab perindustrian yang berkembang maju dan rumah kepada beberapa destinasi pelancongan popular, tetapi ia juga merupakan negeri paling teruk di Mexico akibat peperangan geng, menurut statistik pembunuhan rasmi.

    Keganasan jenayah, kebanyakannya dikaitkan dengan pengedaran dadah, telah meragut kira-kira 480,000 nyawa di Mexico sejak 2006 dan menyebabkan lebih 120,000 orang hilang. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda