Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyiasat rasuah Indonesia diserang

    JAKARTA, Indonesia, 11 April – Polis berkata penyiasat suruhanjaya antirasuah yang mengetuai siasatan skandal yang membabitkan ahli-ahli politik berprofil tinggi Indonesia hari ini diserang menggunakan bahan kimia ketika dia pulang daripada mengerjakan solat subuh.

    Jurucakap polis Jakarta, Argo Yueono mengatakan Novel Baswedan diserang oleh dua penyerang yang menaiki motosikal selepas meninggalkan masjid kejiranan. Menurutnya, polis masih menjalankan penyiasatan.

    Media setempat menggambarkan insiden itu sebagai serangan asid. Imej-imej yang tersebar di dalam talian menunjukkan mata dan dahi Baswedan membengkak dan dalam keadaan pucat.

    Penyiasat suruhanjaya antirasuah Indonesia, Novel Baswedan (tengah) yang cedera diserang orang tidak dikenali, disorong ketika dia meninggalkan hospital selepas dipindahkan ke hospital mata di Jakarta, Indonesia. – AP
    Penyiasat suruhanjaya antirasuah Indonesia, Novel Baswedan (tengah) yang cedera diserang orang tidak dikenali, disorong ketika dia meninggalkan hospital selepas dipindahkan ke hospital mata di Jakarta, Indonesia. – AP

    Suruhanjaya antirasuah itu pada masa ini mengendalikan satu kes di mana ia mendakwa sekitar 80 pengkomplot dan beberapa syarikat yang mencuri lebih dari satu pertiga dana diperuntukkan sebanyak $440 juta bagi sistem kad pengenalan elektronik pada 2011 dan 2012.

    Sebahagian mereka yang didakwa dibabitkan memainkan peranan utama dalam gabungan yang memerintah di-pimpin Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo. Ia melibatkan menteri kehakiman, bekas menteri dalam negeri, speaker parlimen sekarang dan dua orang gabenor wilayah. Nama-nama didedahkan dalam pendakwaan tersebut diserahkan kepada mahkamah rasuah khas pada bulan lalu pada awal perbicaraan terhadap dua pegawai kementerian dalam negeri. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda