Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyiasatan terhadap penganiayaan kanak-kanak

    BEIJING, 30 Nov – Tiga pegawai pendidikan Beijing sedang disiasat kerana “ketiadaan penyeliaan” ke atas tadika tempatan yang mana telah didakwa bahawa murid-murid telah didera dengan jarum yang mencetuskan kemarahan di negara itu, menurut pihak berkuasa.

    Ketua dan timbalan dan seorang pegawai rendah jawatankuasa pendidikan Daerah Chaoyang “tidak menjalankan tugas mereka”, kerajaan perbendaharaan berkata melalui akaun media sosial rasminya lewat semalam.

    Selasa lalu, polis Beijing berkata seorang guru berusia 22 tahun di tadika itu telah ditahan kerana menggunakan jarum menjahit untuk menghukum kanak-kanak kerana tidak tidur di pusat jagaan harian, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham New York.

    Tetapi polis berkata telah menemukan bukti penganiayaan lain ke atas kanak-kanak, termasuklah pencabulan seksual, selepas mengkaji semula rakaman pengawasan 113 jam yang disimpan dari tadika RYB Education New World.

    Pihak berkuasa berkata rakaman video di bilik darjah telah ‘rosak’ kerana anggota kakitangan kerap mematikan elektrik di bangunan selepas sekolah.

    Siasatan ke atas tadika itu bermula minggu lalu selepas ibu bapa berkata kanak-kanak telah diberikan pil misteri dan mengalami tanda-tanda tusukan jarum.

    Namun pihak polis meragui dakwaan terhadap kanak-kanak diberikan pil yang tidak dikenal pasti.

    Dalam menangani laporan televisyen yang menunjukkan klip seorang murid mengatakan dia telah diberi pil oleh guru-guru di sekolah itu, polis berkata ayah murid itu telah mengakui ‘mengarahkan’ anaknya untuk berkata demikian.

    Kes itu mengakibatkan Majlis Kerajaan, badan tertinggi pentadbiran China untuk menggesa bagi penyiasatan ‘segera’ ke atas semua tadika di seluruh negara.

    Syarikat itu secara langsung mengendali 80 buah tadika dan mempunyai 175 lagi francais di 130 buah bandar di seluruh China bagi kanak-kanak yang baru lahir hinggalah berusia enam tahun, menurut penyenaraiannya di Nasdaq.

    RYB Education memohon maaf di atas kejadian itu, yang tidak bukan kali pertama dialami oleh syarikat itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda