ATHENS, 3 Nov – Lima penyokong AC Milan dilaporkan cedera dalam satu pertembungan dengan penyokong AEK Athens di kawasan stesen metro Athens dua jam sebelum perlawanan Liga Europa antara kedua-dua kelab.
Menurut media setempat, sekitar 70 orang penyokong Milan menolak untuk dihantar ke Stadium Olimpik Athens bagi perlawanan itu dan sebaliknya membuat perjalanan menggunakan metro, mendapati bertembung dengan penyokong AEK di stesen Pefki.
Perbalahan antara kedua pihak terjadi dan api dinyalakan ke atas dua gerabak metro dan kerosakan ke atas stesen itu, menurut beberapa laporan.
Pasukan polis rusuhan telah dihantar ke stesen itu bagi mengawal keadaan tanpa membuat sebarang penahanan.
Beberapa orang yang cedera telah dibawa ke sebuah hospital setempat bagi mendapatkan rawatan. – AFP