Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyokong BNP tuntut pembebasan Zia

    DHAKA, 10 Sept – Beribu-ribu penyokong pembangkang telah mengadakan demonstrasi di seluruh Bangladesh hari ini, menuntut pembebasan segera pemimpin mereka dan bekas Perdana Menteri Bangladesh sebanyak tiga kali, Khaleda Zia, yang dipenjarakan awal tahun ini atas tuduhan rasuah.

    Zia, 73, kini sedang dibicarakan dengan lebih banyak tuduhan rasuah di ruang mahkamah sementara di dalam penjara di mana dia adalah satu-satunya banduan yang ditahan dan dalam keadaan kesihatan yang teruk, menurut peguamnya.

    Seorang pegawai polis memberitahu AFP bahawa kira-kira 4,000 penyokong pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) menyertai demonstrasi di luar Kelab Berita Kebangsaan di tengah-tengah kota Dhaka.

    Beribu-ribu lagi menyertai demonstrasi serupa di bandar-bandar lain di seluruh negara.

    Namun menurut jurucakap pembangkang, Fakhrul Islam Alamgir berkata sekurang-kurangnya 20,000 penunjuk perasaan hadir ke perhimpunan di Dhaka itu sambal melaungkan slogan menyelar penangkapan Zia sebagai haram dan penipuan.

    Beribu-ribu penyokong Parti Nasionalis Bangladesh mengadakan demonstrasi di Dhaka kelmarin, menggesa kerajaan untuk membebaskan segera pemimpin pembangkang Khaleda Zia, yang dipenjara atas tuduhan rasuah. – AFP

    “Kami telah mengatakan tuduhan terhadapnya adalah palsu. Dia perlu dibebaskan dengan segera dan dirawat di hospital swasta,” kata Alamgir, setiausaha agung BNP, kepada AFP.

    Zia, yang telah berkhidmat selama lima tahun, menghadiri perbicaraan mahkamah minggu lalu dengan menggunakan kerusi roda, memberitahu mahkamah beliau sedang sakit.

    Peguam-peguamnya mengatakan bahawa untuk menahannya di penjara yang terbengkalai adalah sangat menyalahi undang-undang.

    Mereka telah bertemu dengan ketua hakim kelmarin untuk membuat aduan.

    Zia dibenarkan untuk bebas melalui ikat jamin atas tuduhan kes rasuah Mei lalu tetapi tetap dalam tahanan tatkala dia berdepan dengan berpuluh-puluh keganasan dan rasuah lain.

    Penjara Pusat Dhaka di daerah Mughal telah dibina di bawah penjajahan British pada abad ke-19 dan merupakan penjara terbesar Bangladesh sehingga ia dibiarkan pada tahun 2016.

    Zia dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada bulan Februari lalu selepas disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah, satu hukuman yang mencetuskan pertempuran antara anggota polis dan beribu-ribu penyokong BNP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda