Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyokong hargai Ranieri

    LEICESTER, United Kingdom, 28 Feb – Para penyokong Leicester menjulang sepanduk dan mengenakan topeng sebagai tanda memberikan sokongan terhadap bekas pengurus pasukan, Claudio Raineri yang dipecat sebelum perlawanan Liga Perdana di gelanggang sendiri menentang Liverpool, kelmarin.

    Raineri dipecat Khamis lalu, kurang 10 bulan selepas Leicester berjaya menyangkal taruhan 5,000-1, selepas lima kekalahan berturut-turut yang mengheret kelab tersebut di ambang penyingkiran.

    Pengurus dari Itali berusia 65 tahun itu disukai oleh para peminat Leicester dan sebahagian daripada mereka yang hadir semalam menyampaikan penghargaan terima kasih kerana tugasannya di kelab tersebut.

    “Dilly ding, dilly dong. Kami sedih Claudio pergi,” jelas satu sepanduk dengan ungkapan penarik terhadap Raineri yang menjadi slogan bagi gelaran dongeng musim lalu.

    Para penyokong The Foxes menjulang sepanduk sebagai sokongan dan penghargaan terhadap jasa Ranieri di King Stadium, kelmarin. – AP
    Para penyokong The Foxes menjulang sepanduk sebagai sokongan dan penghargaan terhadap jasa Ranieri di King Stadium, kelmarin. – AP

    Kebanyakan penyokong mengenakan topeng wajah Raineri dan beberapa sepanduk menyuarakan penghargaan kepadanya dengan satu daripadanya bertulis: ‘Terima kasih Raineri kerana impian kami menjadi kenyataan!’

    Satu sepanduk yang dipegang oleh seorang penyokong wanita menyalahkan pemain bagi pemecatan Ranieri: “Raineri!! Pemain Anda dan Pemilik Mengecewakan Anda!”

    Pengurus sementara, Craig Shakespeare menulis dalam program perlawanan itu bahawa laporan akhbar terhadap tentangan pemain ke atas Raineri ‘tidak adil’ dan ‘tidak masuk akal’.

    Naib pengerusi Aiywatt Srivaddhanaprabha menulis pemain telah ‘menyokong kejayaan Claudio’ tetapi menerima sebahagian daripada penyokong yang ‘marah’ dengan keputusan kelab memecatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda