Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyokong pro-kerajaan berhimpun

    TEHRAN, 4Jan – Berpuluh ribu penyokong kerajaan semalam keluar ke jalan-jalan raya di seluruh Iran ketika pihak berkuasa membayangkan kestabilan selepas bantahan selama seminggu yang telah mencetuskan pertempuran mengakibatkan kematian dan gesaan bagi kejatuhan Republik Islam itu.

    Namun, meskipun televisyen kerajaan menyiarkan rakaman dari helikopter mengenai sokongan terhadap kerajaan yang ditadbir oleh ulama Iran, rakaman video yang muncul memaparkan kekacauan anti-kerajaan telah melanda di bandar-bandar besar juga tersebar ke kawasan desa di negara itu yang mempunyai keramaian penduduk 80 juta orang.

    Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam kekacauan dan beratus-ratus lagi diberkas oleh pihak berkuasa. Video-video yang sepadan dengan Associated Press melaporkan dari luar Iran, meskipun aktivis-aktivis masih tidak dapat dihubungi dan bantahan nampaknya kini tidak mempunyai ketua. Tidak jelas jika bantahan baru diadakan semalam atau video-video yang memaparkan kejadian sebelumnya.

    Bantahan minggu lalu adalah yang terbesar sejak pilihan raya presiden 2009 yang dipertikaikan yang berakhir dengan pertumpahan darah.

    Sementara kebanyakan rakyat Iran menyelar keganasan itu yang disertai dengan beberapa bantahan, mengulangi kekecewaan para pembantah terhadap kelemahan ekonomi dan rasuah di kalangan pegawai.

    Gambar serahan agensi berita Mehr menunjukkan ribuan pembantah pro-kerajaan yang mengadakan perhimpunan sebagai tanda sokongan kepada pihak kerajaan di bandar Ahvaz, Iran, semalam. – AP

    Kerajaan “seharusnya tidak menghukum pembantah-pembantah yang bersalah dan juga yang tidak bersalah.”

    “Mengapa mereka harus menangkap seseorang seperti saya yang membantah kenaikan harga telur?” beritahu Mohammad Hossein Vakili, seorang pelajar sains komputer berusia 20 tahun di Tehran yang dalam kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dan turut serta dalam bantahan aman. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda