Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyokong setia NLD diberi pengampunan

    YANGON, 6 OKT – Rakan rapat pemimpin demokrasi Myanmar yang ditahan, Aung San Suu Kyi, telah diberikan pengampunan oleh pihak berkuasa junta ketika beliau bergelut dengan kanser, kata sumber parti kepada AFP hari ini.

    Zaw Myint Maung, 72, merupakan penyokong setia parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD) pimpinan Suu Kyi yang menjadi duri dalam daging pemerintahan tentera selama berpuluh-puluh tahun.

    Dia ditangkap berikutan rampasan kuasa terbaharu tentera pada 2021 dan kemudian dipenjarakan kerana rasuah.

    “Dia telah diampunkan kerana keadaan kesihatannya hari ini,” kata sumber kanan NLD kepada AFP, meminta namanya dirahsiakan atas sebab keselamatan.

    Zaw Myint Maung berada di unit rawatan rapi di Mandalay, di mana dia sedang memerangi kanser, kata sumber itu.

    Junta Myanmar tiba untuk menyampaikan ucapan semasa upacara menandakan Hari Angkatan Tentera negara itu di Naypyidaw pada 27 Mac. – AFP

    “Keadaannya ialah 50-50. Kami cuba mendapatkan maklumat lanjut,” kata mereka.

    Zaw Myint Maung ialah bekas ketua menteri wilayah Mandalay dan telah ditahan sejurus selepas rampasan kuasa yang membatalkan perjuangan demokrasi 10 tahun di negara Asia Tenggara itu.

    Tindakan keras junta seterusnya terhadap penentang telah menghapuskan pegawai kanan NLD.

    Beberapa bulan selepas rampasan kuasa Nyan Win, seorang bekas jurucakap NLD dan orang kepercayaan Suu Kyi meninggal dunia akibat COVID-19 semasa ditahan dalam penjara tentera kerana menghasut.

    Pada 2022, seorang lagi bekas ahli parlimen telah dihukum mati oleh junta di mana ia merupakan hukuman mati pertama Myanmar dalam beberapa dekad.

    Pada Mac tahun lalu, junta membubarkan NLD kerana gagal mendaftar semula di bawah undang-undang pilihan raya baharu yang digubal oleh tentera, mengeluarkannya daripada pilihan raya yang dikatakan mungkin diadakan pada 2025. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda