BANGKOK, 26 DIS – Penyu dan ketam yang jarang ditemui telah dikesan di kawasan lara-ngan berburu haiwan liar Wang Pong-Chon Daen di wilayah Phetchabun, menunjukkan kepalbagaian ekosistem yang kaya di sana.
Pegawai melihat seekor penyu betina berkepala besar semasa menjalankan tinjauan mengenai pemburuan haiwan liar minggu lalu.
“Pegawai menangkap seekor penyu sepanjang 14 sentimeter untuk pemeriksaan sebelum melepaskannya semula ke alam semula jadi,” kata ketua kawasan, Suphakorn Intharaprasit, sambil menambah bahawa penemuan itu sangat menarik.
Suphakorn menyatakan bahawa penyu berkepala besar itu mempunyai muncung yang keras dan tajam seperti burung kakak tua, walaupun ia tidak boleh memasukkan kakinya hingga ke dalam cangkerangnya. Cakarnya cukup kuat untuk mengharungi halangan di dalam dan di sekitar sungai.
Secara amnya aktif pada waktu malam dan dengan julat pergerakan yang terhad, penyu ini memakan haiwan seperti ikan, siput, ca-cing, serangga, ketam dan moluska.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada menyentuh kulit penyu kerana ia boleh memanjangkan lehernya dan menggigit.
Selain daripada penyu, satu lagi penemuan terbaru ialah ‘Indochinamon Bhumibol’ – sejenis ketam air tawar yang dikenal pasti secara rasmi pada 2021-2022.
Spesies ini dipercayai sebagai ketam air tawar terbesar di Thailand dan kedua terbesar di dunia, kata Suphakorn.
Tambahnya, penemuan kedua-dua spesies itu membuktikan bahawa ekosistem di kawasan larangan berburu itu adalah banyak dan cukup menyokong hidupan liar dan penduduk Phetchabun. – ANN/The Star