Friday, April 18, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyu laut sertai perlumbaan maraton

    MARATHON, FLORIDA, 25 JULAI – Seekor penyu laut hijau yang menjalani pemulihan di Hospital Penyu di Florida Keys telah dipasang dengan pemancar penjejak satelit dan dilepaskan dari pantai Keys untuk menyertai acara Jelajah Penyu ke-14, perlumbaan maraton yang mengikuti penghijrahan jarak jauh penyu laut dalam tempoh tiga bulan.

    Program komuniti pendidikan itu dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Penyu Laut untuk menambah kesedaran mengenai penyu laut dan ancaman kepada kehidupan haiwan berkenaan.

    “Jelajah Penyu merupakan satu program pendidikan dalam talian di mana, mulai 1 Ogos, kami akan menjejaki 19 penyu dari Florida, Panama, Costa Rica dan Nevis,” kata Dan Evans, ahli biologi penyelidikan kanan dengan Pusat Pemulihan Penyu Laut.

    “Ia merupakan gagasan di mana kami menjejaki penyu yang berenang jarak paling jauh dalam masa tiga bulan.”

    Digelar ‘Lucky Pulse’ oleh pasukan penyelamat disebabkan tanda seakan-akan denyutan di kepalanya, penyu Keys dilepaskan pada Jumaat untuk menambah kesedaran mengenai penderitaan yang dialaminya. Penyu itu ditemui di luar Keys pada 17 Mac, terbelit dalam perangkap ikan dan dipenuhi dengan fibropapilloma, ketumbuhan yang disebabkan virus seperti herpes yang menjejaskan penyu laut di seluruh dunia. – AP

    Gambar serahan Biro Berita Florida Keys menunjukkan Bette Zirkelbach (kiri) dan Richie Moretti membawa ‘Lucky Pulse’ untuk dilepaskan di luar Florida Keys pada 23 Julai 2021 di Marathon, Florida. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda