Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyusutan populasi kelawar di AS cetus lonjakan penggunaan racun perosak

    WASHINGTON, 6 SEPT – Populasi kelawar yang semakin berkurangan di Amerika Utara mendorong kepada lonjakan dalam penggunaan racun perosak oleh petani sebagai alternatif untuk melindungi tanaman daripada serangga, yang seterusnya menyebabkan peningkatan kematian anak damit, menurut satu kajian yang dikeluarkan kelmarin.

    Kertas kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sains, mendedahkan bukti konkrit yang menyokong ramalan bahawa kemerosotan biodiversiti global akan membawa kesan yang serius kepada manusia.

    “Pakar ekologi telah memberikan amaran kepada kami bahawa kami kehilangan spesies secara drastik dan ia berpotensi memberikan kesan teruk kepada manusia,” kata pengarang Eyal Frank, dari Universiti Chicago, kepada AFP.

    “Namun, tidak banyak kaedah pengesahan empirik terhadap ramalan tersebut kerana adalah sukar untuk memanipulasi ekosistem pada skala ruang yang amat besar,” tambah ahli ekonomi alam sekitar itu.

    Dalam kerjanya, Frank memanfaatkan eksperimen semula jadi kemunculan secara tiba-tiba penyakit kelawar yang membawa maut untuk mengukur faedah yang diberikan oleh kelawar pemakan serangga dalam kawalan haiwan perosak. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda