MANCHESTER, 5 Feb – Pep Guardiola telah memberi amaran kepada pasukannya, Manchester City, bahawa Swansea City mungkin mampu memberikan mereka satu perlawanan sukar di Etihad.
Kelab Wales yang diancam penyingkiran itu mempunyai rekod kemenangan bagus di bawah kendalian Paul Clement, termasuk kemenangan mengejutkan 3-2 ke atas Liverpool di Anfield.
Guardiola percaya Clement, bekas pembantu jurulatih Bayern Munich, telah membuat impak besar dan berkata pasukannya akan melakukan yang terbaik menewaskan pasukan pelawat.
“Saya begitu teruja. Saya telah menyaksikan perlawanan mereka menentang Liverpool,” kata pengurus City itu.
“Saya cuba mencari cara untuk menyerang mereka dan wow, saya belum menemuinya. Ia begitu rumit. Apabila saya menyaksikan perlawanan mereka, saya boleh lihat dia mengawalnya dengan baik.
“Mereka bermain dengan begitu teratur. Tidak ada ruang di tengah. Apabila anda pergi dan menyerang, mereka bertahan dengan baik di dalam kotak. – AFP