LONDON, 2 OGOS – Arsenal mengumumkan pembelian pemain sayap Nicolas Pepe (gambar bawah) dari kelab Perancis Lille yang memecahkan rekod perpindahan pasukan itu dengan harga 72 juta pound.
Pembelian pemain berusia 24 tahun itu mengatasi rekod Arsenal sebelum ini 56 juta pound ketika mendapatkan penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang pada Januari 2018.
Pepe juga menjadi pemain Afrika termahal dan pemain keempat termahal dalam sejarah Liga Perdana selepas gandingan Manchester United, Paul Pogba (89 juta pound dan Romelu Lukaku (75 juta pound) serta pertahanan Liverpool Virgil van Dijk (75 juta pound).
Pemain itu, yang akan menggunakan nombor jersi sembilan akan meningkatkan kekuatan The Gunners di bahagian serangan sekali pun gandingan Aubameyang dan Alexandre Lacazette meledak 50 gol dalam semua kejohanan musim lalu. – AFP