Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pepe terlepas aksi Piala Dunia

    LISBON, 22 MAC – Pertahanan veteran, Pepe dijangka terlepas aksi playoff separuh akhir Piala Dunia menentang Turki selepas diuji positif COVID, umum Persekutuan Bolasepak Portugal itu semalam.

    Jurulatih pasukan berkenaan, Fernando Santos memanggil pertahanan tengah Lille, Tiago Djalo, 21, bagi mengganti pemain Porto berusia 39 tahun berkenaan ketika juara Eropah 2016 itu juga tanpa pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias yang mengalami kecederaan.

    Portugal menentang Turki di Porto pada Khamis dan jika menang mereka akan berdepan sama ada Itali atau Macedonia Utara.

    Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya menyertai kem latihan skuad kebangsaan di Oeiras, dekat Lisbon, hari ini.

    Portugal kali terakhir gagal layak ke Piala Dunia pada 1998 dan beraksi dalam lima edisi kejohanan sebelum ini. – AFP

    Aksi Pepe (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan Moussa Dembele semasa perlawanan di antara Olympique Lyonnais dan Porto di Stadium Groupama di Decines-Charpieu baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda