Ulasan buku oleh Raz AS
NOVEL Villain karya Michael Grant mengisahkan tentang dunia empat tahun setelah kejadian GONE. Kubah Perdido Beach telah musnah, namun bahaya yang menghendap di dalamnya telah tersebar dan kini umat manusia menghadapi konflik yang lebih besar.
Batu yang dijangkiti oleh virus makhluk asing yang menciptakan FAYZ kini mencipta raksasa-raksasa yang berkeliaran di kota-kota dan kawasan pedalaman, membuat onar dan huru-hara.
Jalan-jalan raya dipenuhi dengan kereta-kereta kebal, manakala di ruangan angkasa pula dron-dron berlegar-legar, sebagai usaha terakhir bagi menghentikan kemusnahan tamadun manusia.
Dalam keadaan yang huru-hara tersebut, telah muncul seorang penjahat yang mempunyai kuasa untuk mengawal sesiapa sahaja hanya dengan menggunakan bunyi suaranya.
Dillon Poe dahulunya ingin menjadi seorang pelawak. Akan tetapi semua orang mengejeknya. Mereka memanggilnya sebagai, Dillon si pengalah, Dillon si aneh. Kini dia menggunakan kuasanya untuk mencabut nyawa ribuan orang. Siapakah yang akan mentertawakannya sekarang?
Satu-satunya yang dapat menghentikan penjahat yang mempunyai kuasa istimewa itu adalah para wira yang juga mempunyai kuasa istimewa.
Dekka, Shade, Cruz, Malik, Armo dan mutan baharu yang mempunyai kuasa yang tidak dapat dibandingkan semuanya berdiri menghalang laluan Dillon.
Namun apabila sempadan yang membatasi antara wira dan penjahat semakin kabur, ada yang mula berfikir siapakah raksasa yang sebenarnya?
Pertarungan akan menjadi sengit dan meraih korban. Pertarungan yang bukan sekadar pertarungan, akan tetapi sebuah peperangan yang akan menentukan nasib manusia.