Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peperiksaan PSR akan dinilai berdasarkan SBA

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang dijangka diadakan pada 15 November nanti akan dilakukan berdasarkan penilaian berasaskan sekolah (SBA).

    Pelaksanaan penilaian alternatif secara SBA itu dirancang oleh Kementerian Pendidikan atas sebab peperiksaan itu tidak dapat dilaksanakan secara fizikal disebabkan oleh keadaan semasa penularan wabak COVID-19.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman (gambar) ketika mengulas persoalan jika Kementerian Pendidikan mempunyai perancangan bagi penilaian alternatif jika peperiksaan PSR tidak dapat dilaksanakan pada 15 November nanti semasa sidang media, kelmarin.

    Pelaksanaan penilaian alternatif berkenaan adalah berdasarkan dengan perkembangan situasi penularan wabak COVID-19 di mana penilaian keadaan semasa pada 3 Oktober nanti serta perkongsian mengenai dengan perancangan alternatif kementerian akan dikongsikan.

    Beliau menjelaskan perancangan alternatif berkenaan merupakan penilaian yang tidak jauh daripada penilaian yang dilaksanakan bagi peperiksaan peringkat O dan A iaitu yang menggunakan SBA.

    Perkara itu, jelasnya, akan diterangkan dengan lebih lanjut pada masa terdekat apabila ia diperlukan. Beliau menyatakan memang terdapat perancangan alternatif daripada pihak kementerian di mana perkara itu, pada masa ini, sedang diusahakan dan dibincangkan dengan kementerian dan para-para pemimpin sekolah.

    Beliau turut menyatakan harapan perkara itu juga akan dapat dibincangkan dengan pihak ibu bapa supaya semua pihak dapat sama-sama membuat penilaian yang baik bagi pelajar dan anak supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda