Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peraduan rekaan Play-Doh untuk kanak-kanak

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Dalam memberi keceriaan kepada kanak-kanak pada penghujung tahun ini, Little Woods telah mengadakan Peraduan Rekaan menggunakan Play-Doh bersama anak-anak, kelmarin.

    Kanak-kanak yang menyertai dalam aktiviti yang diadakan di cawangan Little Woods Kiulap itu berumur antara tiga hingga 12 tahun yang turut disertai oleh pelanggan dari Kuala Belait.

    Pemenang tempat pertama bagi peraduan itu membawa pulang hamper Play-Doh bernilai $100 yang dimenangi oleh Dayang Nur Alma Naqiyah binti Zikri, manakala tempat kedua dimenangi oleh Awang Mohd Arsyad Hakim dengan membawa pulang hamper Play-Doh bernilai $80 dan tempat ketiga, Dayang Basma Dzakiyyah Al-Hariyyah binti Abdul Muiz yang membawa pulang hamper Play-Doh bernilai $60.

    Selain itu, peserta peraduan juga dihiburkan dengan kemunculan maskot Danny and Sidney manakala hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Runcit Little Woods, Amie Corpin.

    Pemenang peraduaan rekaan Play-Doh bergambar dengan hadiah masing-masing.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...