Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perahu bawa barang tegahan ditemui

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 06 OGOS – Sebanyak 19 kotak yang mengandungi 950 karton rokok pelbagai jenama, 1 kotak minuman keras dan 2 tin minuman keras pelbagai jenama ditemui dalam sebuah perahu di kawasan Perairan Kampung Setia.

    Penemuan barang-barang tegahan berkenaan berlaku semasa Peronda Polis Marin yang bertugas di zon Putat telah mengesan dua buah perahu yang mencurigakan bergerak laju melalui kawasan sungai terusan kupang dan kemudiannya bertindak untuk mengejar kedua – dua perahu tersebut.

    Salah sebuah perahu suspek telah dikesan terapung di sekitar perairan Kampong Setia manakala sebuah lagi berjaya melarikan diri.

    Perahu tersebut telah berjaya ditahan bersama dengan beberapa kotak yang mencurigakan dan dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk siasatan lanjut.

    Perahu bersama barang yang mencurigakan.

    Kesemua barang-barang tegahan tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk Tindakan selanjutnya.

    Atas & Bawah: Antara barang tegahan yang dirampas.

    Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru orang ramai bagi menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai apa jua kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian 993 atau datang terus ke mana-mana balai polis yang berdekatan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda