Oleh Raz AS – Ikan pahat-pahat atau juga dikenali sebagai flathead dalam bahasa Inggeris merupakan spesies ikan daripada keluarga platycephalidae yang boleh didapati di perairan Indo-Pasifik termasuk di negara kita, Brunei Darussalam. Ikan pahat-pahat dikenal pasti dengan rupanya yang unik. Badannya lebar, pipih dan panjang dengan kedua matanya terletak pada bahagian atas kepalanya yang memberikannya

