Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peralatan elektrik punca 60% kes kebakaran rumah

    PUTRAJAYA, 3 OGOS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kira-kira 60 peratus kes kebakaran rumah di Malaysia berpunca daripada masalah berkaitan elektrik.

    Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata punca utama kebakaran melibatkan pendawaian elektrik tidak selamat, pengubahsuaian elektrik tanpa mengikut piawaian, serta penggunaan peralatan elektrik secara berlebihan dalam kediaman.

    “Ramai yang ambil mudah soal keselamatan elektrik di rumah. Pendawaian lama, suis kerap ‘trip’, penggunaan alat elektrik berkuasa tinggi seperti penyaman udara, pemanas air dan chest freezer sering menyebabkan lebihan beban elektrik,” katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata kesilapan lazim seperti menyambung terus fius yang rosak atau mengubah suai sistem keselamatan elektrik boleh mengakibatkan kebakaran besar, terutama apabila sistem gagal memutuskan bekalan elektrik ketika berlaku litar pintas atau suhu berlebihan. – Bernama

    Gambar PIXABAY
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda