Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peralatan untuk lepaskan air sisa radioaktif ke laut sudah siap

    TOKYO, 26 JUN – Semua peralatan yang diperlukan untuk pelepasan air sisa radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima yang rosak ke laut telah siap dan sedia untuk pemeriksaan keselamatan oleh pengawal selia Jepun minggu ini, kata operator loji itu hari ini, ketika bantahan kepada rancangan itu diteruskan di dalam dan di luar Jepun atas kebimbangan keselamatan.

    Tokyo Electric Power Company Holdings berkata ia memasang bahagian terakhir terowong dasar laut yang digali untuk melepaskan air di luar pesisir, menamatkan pembinaan peralatan yang diperlukan yang bermula Ogos lalu.

    Pemeriksaan keselamatan mandatori peralatan itu akan dimulakan Rabu ini, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear, Shinichi Yamanaka yang melawat kilang Fukushima Daiichi minggu lalu.

    Jika semuanya berjalan lancar, TEPCO dijangka menerima permit keselamatan untuk pelepasan kira-kira seminggu selepas pemeriksaan tamat, kata pegawai.

    Kapal dilihat di luar pesisir yang memasang peralatan terakhir terowong bawah laut untuk melepaskan air sisa radioaktif semasa tinjauan media di Jepun pada 26 Jun. – AP

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda