Saturday, July 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peralihan kerajaan tidak jejaskan projek di Labuan

    LABUAN, 31 Mei – Projek pelancongan dan pembangunan bercampur bernilai RM1.6 bilion yang disenaraikan di bawah Pelan Induk Pembangunan Labuan 2030, akan tetap diteruskan walaupun berlaku peralihan kerajaan susulan Pilihan Raya Umum Ke-14.

    Projek itu merupakan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan Labuan Corporation dan BVA Development.

    Malah, kerja-kerja tanah projek yang turut merangkumi premis bebas cukai premium pertama negara ini, telah dimulakan pada awal 2018 di kawasan seluas 12.5 hektar berhampiran Kelab Golf Antarabangsa Labuan dan dijangka siap dalam masa dua bulan, kata Pengarah Urusan BVA Development Sdn Bhd, Lester Toh kepada Bernama, hari ini.

    Ia akan memanfaatkan status Labuan sebagai pulau bebas cukai dan hab kewangan antarabangsa Malaysia.

    Menurut Toh, Outlet Bebas Cukai Premium BVO bernilai RM75 juta di kawasan seluas 2.9 hektar itu dijadual siap menjelang suku kedua tahun depan manakala keseluruhan projek terbabit akan selesai dalam masa empat tahun.

    Premis itu akan menawarkan produk berjenama yang 20-30 peratus lebih murah berbanding outlet premium lain di Semenanjung.

    Produk mewah yang akan dijual oleh BVO Premium Outlet itu termasuk pakaian berjenama, beg tangan, kasut, tembakau, minyak wangi serta kosmetik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda