Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Peranan belia dalam pengurusan air ditekankan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Brunei Darussalam telah diberikan penghormatan dan peluang untuk turut serta dan mengongsikan usaha-usaha ke arah menangani isu air selain mempelajari menerusi perkongsian maklumat dan pengalaman bersama negara-negara sahabat semasa Sidang Kemuncak Air Asia Pasifik (APWS) ke-4, baru-baru ini di Bandar Kumamoto, Jepun.

    Pada sidang kemuncak yang berakhir kelmarin, majlis penutup dimulakan dengan rumusan hasil daripada sesi-sesi tematik dan keseluruhan dapatan daripada ketiga-tiga integrated session yang telah berhasil menyelaraskan kedudukan sidang kemuncak kepada empat fokus utama.

    Empat fokus utama tersebut ialah ‘Ke Arah Masyarakat yang Berdaya Tahan’, ‘Ke Arah Masyarakat yang Resilien’, ‘Ke Arah Masyarakat yang Inklusif’ dan ‘Ke Arah UN 2023 Water Conference and Beyond’.

    Kementerian Pembangunan dalam kenyataan hari ini menjelaskan, majlis penutup kemudian disusuli dengan rumusan pengerusi APWS ke-4 dan upacara penyerahan jawatan pengerusi diselajurkan dengan ikrar daripada Youth on Water Action.

    Ini menunjukkan komitmen rantau ini dalam menekankan kepentingan dan penyertaan belia sebagai duta masa hadapan dalam mencapai era baharu yang lebih berdaya tahan, resilien dan inklusif khususnya menerusi tindakan terhadap pengurusan air.

    Pada majlis penutup itu, Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Tuan Yang Terutama Tetsuo Saito dalam ucapannya, antara lain merumuskan secara ringkas pencapaian sidang kemuncak dalam menerima pakai Deklarasi Kumamoto serta ketiga-tiga fokus utama sidang kemuncak iaitu urus tadbir, dana dan kewangan, serta sains dan teknologi.

    Beliau juga menekankan serta mengalu-alukan penyertaan negara-negara ahli dan rakan untuk menghadiri Second International High Level Conference on the International Decade for Action – Water for Sustainable Development yang akan diadakan di Dushanbe, Tajikistan pada 6 hingga 9 Jun 2022 serta The 2023 United Nations Water Conference yang akan diadakan di New York, Amerika Syarikat pada 22 hingga 24 Mac 2023.
    Acara dua hari itu telah dihadiri oleh ketua-ketua negara-negara ahli, kerajaan, menteri-menteri serta pegawai-pegawai kerajaan peringkat tinggi serantau, ketua-ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi antarabangsa, institusi penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan, pakar-pakar dan pengamal-pengamal berkaitan.

    Selain itu, sidang kemuncak berkenaan juga diisikan dengan beberapa acara perkongsian menerusi sesi tematik, special island session, integrated session, pameran dan simposium yang melibatkan secara umumnya pembentangan, perbincangan dan maklumat berkaitan dengan isu berkaitan air di samping inisiatif global daripada perwakilan, pakar dan pembentang lainnya.

    Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyampaikan ucapan semasa APWS ke-4 di Kumamoto, Jepun pada Sabtu lalu.- Gambar Serahan Kem. Pembangunan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...