Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peranan guru membekalkan pelajaran kepada murid

    Sebagai seorang guru memegang tanggung jawab untuk memastikan murid-muridnya dibekalkan dengan ilmu pengetahuan.

    Sejak penularan wabak COVID-19 di negara ini, sekolah-sekolah di seluruh negara ditutup sementara.

    Namun, alhamdulillah pihak kerajaan telah melaksanakan satu insiatif untuk pengajaran dan pembelajaran melalui dalam talian (e-learning). Melalui inisiatif ini, guru-guru diberikan tugasan untuk mengajar murid-murid dari jarak jauh atau secara sidang video agar murid-murid tidak terlepas sesi pembelajaran ketika COVID-19 ini.Meskipun kemudahan itu dilakukan, timbul satu kerisauan di fikiran saya. Di mana, saya sebagai seorang guru, bagaimana cara saya untuk mengajar murid-murid saya yang ada sesetengahnya memerlukan perhatian dan dorongan untuk belajar.

    Saya tahu murid-murid berkenaan ada potensi mendapat markah yang cemerlang, namun mereka hanya bersikap malas dan main-main ketika belajar. Oleh kerana itulah saya risau jika menggunakan pengajaran dalam talian ini. Jika secara berdepanan mereka akan mudah menurut cakap apabila ditegur tetapi jikalau secara dalam talian ini boleh saja mereka tidak mengendahkan kata-kata saya dan malah menamatkan sidang begitu saja.

    Memang sesetengah murid ada dipantau oleh ibu bapa atau penjaga ketika belajar secara dalam talian, namun ada yang mengendalikan sendiri. Meskipun ada kerja rumah hardcopy dan dapat dipantau oleh ibu bapa serta penjaga, namun peranan seorang guru juga diperlukan memberikan kefahaman kepada murid-muridnya.

    Kerisauan ini kerana sudah menjadi tanggung jawab seorang guru untuk membekalkan murid-murid dengan pelajaran. – SRHA

    Kerajaan telah melaksanakan satu insiatif untuk pengajaran dan pembelajaran melalui dalam talian (e-learning) bagi membendung penularan wabak COVID-19. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda