Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Peranan wanita dalam kepimpinan kerajaan penting

    KUALA LUMPUR, 30 NOV – Peranan wanita dalam kepimpinan kerajaan adalah penting dan jika mereka dilantik, Duta Besar Malaysia untuk Wanita dan Gadis boleh menyokong pihak terbabit dan membincangkan dasar yang akan membantu memastikan Malaysia mempunyai masyarakat yang lebih sensitif mengenai gender dan kesamarataan.

    Duta Besar Australia untuk Wanita dan Gadis, Christine Clarke CSC berkata bahawa memandangkan peranan wanita dalam kepimpinan kerajaan dipandang tinggi dalam dunia hari ini, mereka mesti disokong oleh pelbagai pihak dan dasar yang kukuh yang akan membantu memastikan masyarakat lebih sensitif mengenai isu gender dan kesamarataan.

    “Adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak berkaitan untuk meneliti isu wanita, menyokong, menggubal dasar mengenai golongan ini dan memberi mereka peranan dalam kepimpinan sebenar, dan terus menyokong mereka apabila mereka telah dipilih.

    “Bukan itu sahaja, masyarakat perlu menyokong calon wanita itu. Ia adalah satu ekosistem yang kita perlu berusaha demi meningkatkan jumlah perwakilan wanita.

    “Kita memerlukan wanita yang memainkan peranan dalam kepimpinan di setiap lapisan masyarakat kita.”

    Clarke memberitahu demikian ketika lawatannya ke ibu pejabat agensi berita Bernama, baru-baru ini.

    Beliau berada di Malaysia, sebagai sebahagian daripada aktiviti penglibatan serantau utama Australia – Indo-Pacific Endeavour 2022 (IPE2022) – bagi Meja Bulat Wanita, Keamanan dan Keselamatan dengan kementerian dan agensi Malaysia yang berkaitan, di samping beberapa siri aktiviti ketenteraan seperti latihan kemanusiaan dan bantuan bencana, termasuk bengkel latihan lain dari 7 hingga 9 November. – Bernama

    Christine Clarke CSC ketika ditemu bual Bernama sempena lawatannya ke ibu pejabat agensi berita itu, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Puting beliung di selatan China ragut 5 nyawa, rosakkan ratusan kilang

    BEIJING, 28 APRIL - Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China kelmarin, membunuh lima orang dan merosakkan lebih 140 bangunan kilang, kata media...