Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perancis alami gelombang haba keempat

    PARIS, 9 OGOS – Perancis sedang mengalami gelombang haba keempat pada tahun ini ketika negara berdepan kemarau paling teruk yang pernah dicatat.

    Agensi cuaca negara Meteo Perancis berkata gelombang haba bermula di kawasan selatan dan dijangka merebak ke seluruh negara serta berlarutan sehingga hujung minggu.

    Pada keseluruhannya, separuh kawasan selatan Perancis menjangka suhu pada siang hari akan mencecah 40 darjah Celsius dan tidak akan turun di bawah 20 darjah Celsius pada waktu malam.

    Suhu tinggi tidak membantu anggota bomba dalam memadamkan kebakaran hutan di Gunung Chartreuse berdekatan Alp di timur Perancis, di mana pihak berkuasa telah memindahkan kira-kira 140 orang.

    Menurut Meteo Perancis, gelombang haba pada minggu ini tidak seteruk berbanding bulan lalu, apabila beberapa rantau mengalami suhu memecah rekod. Namun suhu tinggi berlaku semasa kemarau paling teruk yang pernah dicatat, menurut kerajaan. Bulan Julai adalah bulan paling kering sejak catatan bermula pada 1959.

    Malah beberapa petani mulai melihat penurunan dalam hasil keluaran terutamanya kacang soya, bunga matahari dan jagung. – AP

    Bunga matahari kelihatan layu akibat kekurangan air ketika Eropah dilanda gelombang haba amat melampau di Beaumont du Gatinais, selatan Paris, Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...