Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Perancis anjur bersama persidangan bina semula Gaza

    GENEVA, 16 OKT – Perancis dan Mesir akan bersama-sama menganjurkan satu persidangan antarabangsa mengenai pembinaan semula Gaza dan bekerjasama dengan rakan antarabangsa bagi menubuhkan pasukan untuk menstabilkan keadaan di wilayah itu di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata menteri luar negara itu kelmarin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Jean-Noel Barrot semasa berucap di Perhimpunan Kebangsaan menyifatkan gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang dicapai minggu lalu sebagai ‘langkah penting’, namun memberi amaran bahawa ‘ia masih rapuh’.

    Beliau berkata sidang kemuncak baru-baru ini di Sharm el-Sheikh yang turut dihadiri Presiden Emmanuel Macron adalah penting, “untuk menyelaras dengan negara-negara Eropah dan negara-negara Arab yang mahu memainkan peranan penuh dalam usaha membina keamanan yang berkekalan di rantau itu.”

    Menggariskan tiga keutamaan utama Perancis, Barrot berkata yang pertama ialah bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula.

    “Kita mesti menyalurkan bantuan kemanusiaan secara besar-besaran ke Semenanjung Gaza. Kita mesti memulakan kerja-kerja pembinaan semula sekarang,” katanya sambil mengumumkan bahawa Perancis dan Mesir akan menganjurkan bersama persidangan yang ditumpukan kepada usaha membina semula Gaza.

    Keutamaan kedua, katanya, ialah keselamatan dengan penekanan kepada perlindungan orang awam.

    “Kita mesti memastikan keselamatan, khususnya keselamatan rakyat Palestin di Gaza. Inilah sebabnya Perancis, bersama United Kingdom akan membentangkan satu resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB bersama Amerika Syarikat bagi memberi mandat kepada pasukan antarabangsa untuk menstabilkan keadaan di Gaza yang akan dapat beroperasi dalam masa terdekat,” katanya.

    Tonggak ketiga, jelas Barrot ialah tadbir urus Gaza apabila, “kita mahu rakyat Palestin dapat memainkan peranan sepenuhnya, khususnya melalui Pihak Berkuasa Palestin.” – Bernama/Anadolu 

    Jean-Noel Barrot berucap semasa sidang akhbar selepas mesyuarat peringkat menteri mengenai pelaksanaan rancangan damai Timur Tengah di Quai d’Orsay di Paris, Perancis, 9 Oktober lalu. Perancis anjur bersama persidangan bina semula Gaza. – Gambar fail AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...