Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis bakal haramkan e-rokok sekali guna

    PARIS, 5 DIS – Parlimen Perancis telah menyokong cadangan untuk mengharamkan rokok elektronik sekali guna, yang dianggap sebagai cara permulaan untuk menjadi ketagihan tembakau bagi remaja dan berbahaya kepada alam sekitar.

    Dewan Rakyat Perhimpunan Negara lewat kelmarin mengundi sebulat suara untuk langkah itu, yang masih memerlukan sokongan daripada Senat dewan atasan Perancis dan kelulusan Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU).

    E-rokok pakai buang pra-isi, yang dikenali sebagai puff, popular dalam kalangan golongan muda, mempunyai kandungan nikotin yang tinggi, terdapat dalam pelbagai perisa dan murah.

    “E-rokok membuka laluan kepada ketagihan yang serius,” kata Menteri Kesihatan, Aurelien Rousseau.

    “Ia sangat murah, rasa buah dan manis serta menarik, lebih-lebih lagi saiznya yang kecil menjadikannya mudah disembunyikan daripada ibu bapa,” kata timbalan Francesca Pasquini, yang menyerahkan draf undang-undang pada November tahun lepas.

    Penaja bersama, Michel Lauzzana berkata Akademi Perubatan Kebangsaan Perancis menganggap puffs sebagai ‘perangkap licik terutamanya untuk golongan kanak-kanak dan remaja’. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda