KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pengeluar kereta Perancis PSA Peugeot Citroen telah membeli saham majoriti dalam sebuah kilang Malaysia yang dikendalikan oleh kumpulan tempatan Naza dalam usaha untuk menambah kehadirannya di Asia Tenggara, kata kedua-dua syarikat hari ini.
PSA telah pun mempunyai gabungan dengan kilang Pengeluaran Automotif Naza di Gurun, utara negeri kedah, dengan kilang itu mengeluarkan beberapa kereta kumpulan Perancis untuk dijual di rantau itu.
Dengan memperoleh saham majoriti dalam kilang tersebut yang mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 50,000 buah kenderaan, PSA sedang menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluarannya bagi Asia Tenggara.
Naza akan mengedar kereta Peugeot dan Citroen serta jenama mewah PSA, DS di Malaysia dan akan meninjau kemungkinan untuk mengedar model PSA di pasaran Asia Tenggara lain, menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Mereka tidak mendedahkan nilai urus niaga berkenaan, yang ditandatangani hari ini di Kuala Lumpur dalam satu majlis yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. PSA tidak mendedahkan jumlah saham yang telah diperoleh, dengan hanya berkata ia berjumlah lebih daripada 50 peratus. – AFP
