Monday, March 31, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis berdepan kekacauan

    PARIS, 6 DIS – Pelancong di seluruh Perancis terpaksa berdepan dengan kekecohan yang kini memasuki hari kedua apabila kesatuan berikrar untuk meneruskan bantahan mereka sehingga Presiden Emmanuel Macron membatalkan semula keputusan kontroversi terhadap skim pencen.

    Pengendali rel SNCF berkata 90 peratus operasi kereta api TGV berkelajuan tinggi dibatalkan lagi, dan beberapa syarikat penerbangan pula terpaksa membatalkan penerbangan termasuk Air France, EasyJet dan Ryanair.

    Sembilan lagi landasan metro di ibu negara ditutup dan sebahagian besarnya terputus, menyebabkan kira-kira 350 km (220 batu) kesesakan lalu lintas di rantau Paris, jauh melebihi 200km yang biasa, laman web trafik Sytadin melaporkan.

    Kebanyakan pekerja tidak dapat bekerja dan beberapa sekolah lagi tidak meneruskan pembelajaran dalam kelas walaupun kebanyakan guru hari ini tidak ikut serta dalam perhimpuan tersebut, di mana kelmarin bantahan disertai oleh seramai 800,000 orang di seluruh negara.

    Laluan basikal yang penuh sesak dengan basikal dan skuter elektrik, dengan pengendali metro RATP memberikan tawaran istimewa untuk penumpang daripada pelbagai syarikat untuk tujuan perjalanan atau alternatif pengangkutan lain.

    Bantahan ini merupakan satu lagi cabaran terkini yang dihadapi Macron selepas beberapa bulan protes yang dilakukan oleh guru, pekerja hospital, polis dan anggota bomba serta pergerakan ‘ves kuning’ untuk menuntut piawaian hidup yang lebih baik.

    Kesatuan menyatakan sistem skim pencen yang baharu itu memaksa berjuta-juta orang di kedua-dua sektor awam dan swasta bekerja jauh melebihi umur persaraan dalam undang-undang iaitu 62 tahun.

    Menteri Kesihatan Agnes Buzyn berkata hari ini bahawa kerajaan telah ‘mendengar’ keluhan para penunjuk perasaan dan akan bertemu dengan pemimpin kesatuan untuk membincangkan reformasi pada hari Isnin. – AFP

    Seorang wanita melontarkan basikalnya untuk dibakar dalam unggun api besar semasa mogok menentang dasar skim pencen baharu di Paris, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda