PARIS, 14 JAN – Kerajaan Perancis hari ini dijangka akan mengumumkan sekatan baharu untuk membendung peningkatan kes koronavirus namun tidak sama seperti jiran-jirannya yang mengenakan perintah berkurung penuh.
Antara langkah yang dikenakan termasuk melanjutkan perintah berkurung bermula jam 6 petang di beberapa tempat di seluruh negara.
Kebanyakan kawasan Perancis masih lagi tertakluk pada perintah berkurung 8 malam yang dikenakan pada pertengahan Disember apabila sekatan pergerakan kedua dibatalkan.
Perancis kelmarin merekodkan sekitar 23,000 kes baharu COVID-19, sekitar separuh daripada dikesan di Britain pada hari sama namun masih jauh di atas jumlah 5,000 yang kerajaan hasratkan bagi pertengahan Disember. – AFP
