Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis bina loji nuklear generasi baharu

    ANKARA, 28 SEPT – Perancis akan mula membina reaktor nuklear generasi baharu yang pertama sebelum Mei 2027, lapor Agensi Anadolu.

    Kerajaan merancang untuk membina sekurang-kurangnya enam ‘European Pressurized Reactors’ baharu, menggantikan loji semasa yang mencapai jangka hayatnya pada akhir 2030, menurut saluran TV Perancis BFMTV.

    Kerajaan Perancis merancang untuk membelanjakan sekitar €51.7 bilion (AS$49.7 bilion), sebagai sebahagian daripada usaha negara terbabit capai matlamatnya daripada segi tindakan bagi iklim. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda