Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perancis buka rayuan kes lelaki Chile bunuh bekas kekasih

    VESOUL, 4 DIS – Mahkamah Perancis hari ini membuka perbicaraan rayuan bagi seorang lelaki warga Chile yang dijatuhi hukuman penjara 28 tahun kerana membunuh bekas teman wanitanya dari Jepun, Narumi Kurosaki.

    Perbicaraan dibuka selepas 9 pagi di bandar Vesoul di timur Perancis. Nicolas Zepeda menggunakan bahasa Perancis ketika bercakap dengan hakim, Francois Arnaud, yang memberitahunya dia boleh memilih bahasa untuk membela dirinya.

    “Saya faham. Terima kasih”, jawab Zepeda di hadapan bilik mahkamah yang penuh sesak, termasuk ibu dan dua adik mangsa.

    Bagaimanapun, perbicaraan terpaksa ditunda buat sementara waktu disebabkan ketiadaan seorang juri.

    Zepeda dijatuhkan hukuman penjara 28 tahun pada April tahun lalu kerana membunuh Kurosaki, ketika itu berusia 21 tahun, pada Disember 2016. Mayatnya tidak pernah ditemui.

    Dia menyatakan dirinya tidak bersalah.

    Pada Februari, rayuan itu ditangguhkan selepas peguam defendan ditukar pada saat akhir.

    Sylvie Galley, yang mewakili keluarga Kurosaki, memberitahu wartawan, “Keluarga mangsa hadir hari ini semata-mata untuk menghormati kenangan mereka bersama Narumi.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...