PARIS, 16 FEB – Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan diplomat tertinggi China, Wang Yi bersetuju semalam untuk menyumbang ke arah keamanan di Ukraine, kata pejabat Macron selepas rundingan di antara kedua-dua pemimpin itu.
Di Paris semalam, Macron dan Wang membincangkan peperangan dan kesannya ke atas negara paling mudah terjejas, terutamanya dari segi jaminan makanan dan pembiayaan, menurut pejabat presiden Perancis.
Macron dan Wang menyatakan objektif yang sama untuk menyumbang kepada perdamaian sejajar dengan undang-undang antarabangsa, kata Istana Elysee, tanpa menyatakan sumbangan tersebut. – AFP


