PARIS, 30 OGOS – Perancis akan membekalkan 10 juta dos vaksin AstraZeneca dan Pfizer buat Afrika dalam tempoh tiga bulan, umum pejabat Presiden Emmanuel Macron hari ini.
Vaksin itu ‘akan diperuntukkan dan diagihkan dalam rangka kerja African Vaccine Acquisition Trust (AVAT) Kesatuan Afrika (AU) dan Covax,” menurut rakan kongsi bagi pembahagian vaksin sama rata.
“Pandemik hanya boleh diatasi menerus kerjasama kukuh,” kata Macron dalam kenyataan yang menekankan ‘kerjasama teguh kami’ bersama AU.
Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa – yang bersama Macron mengecam akses vaksin tidak adil – memuji pengumuman pemberian vaksin itu sebagai ‘tanda jalinan erat dan perpaduan kerjasama politik ketika dunia amat memerlukannya’.
AVAT berfungsi bagi membolehkan pembelian vaksin secara berkumpulan oleh anggota AU untuk membantu mereka memenuhi kira-kira 50 peratus daripada keperluan. Covax pula membantu negara-negara memenuhi kekurangan menerusi pendermaan.
Kenyataan daripada pejabat Macron berkata vaksin yang mencukupi kini boleh dibeli menerusi AVAT untuk membolehkan pemvaksinan 400 juta penduduk Afrika – satu pertiga daripada penduduk di benua itu – menjelang September 2022, berjumlah AS$3 bilion. – AFP