Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis haramkan tunjuk perasaan ‘ves kuning’

    PARIS, 7 Mei – Polis Paris berkata pembantah “ves kuning” dengan tunjuk perasaan mingguan mereka telah mencetuskan perbuatan laku musnah dan kebimbangan keselamatan akan dilarang daripada memasuki jalan Champs-Elysee di Paris esok ketika acara memperingati berakhirnya Perang Dunia Kedua.

    Penunjuk perasaan antikerajaan akan dilarang daripada mengganggu “acara serius” yang akan berlangsung di Arc de Triomphe dan sepanjang jalan raya, yang berhampiran dengan istana presiden Perancis, kata polis dalam satu kenyataan.

    Pihak berkuasa Perancis telah mengamalkan dasar yang lebih keras terhadap bantahan “ves kuning” sejak ketua polis Paris terakhir dipecat pada 18 Mac kerana gagal membendung kejadian amukan di sepanjang Champs-Elysees.

    Ketua polis yang mengganti beliau, Didier Lallement, mendapati bantahan – yang bermula pada November disebabkan kenaikan cukai minyak dan berubah menjadi gerakan antikerajaan – sering melihat pegawai polis disasarkan oleh “kumpulan picisan penunjuk perasaan yang radikal.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda