Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis, Itali memperingati ulang tahun kematian da Vinci

    AMBOISE, Perancis, 2 Mei – Presiden Emmanuel Macron dan rakan sejawat Itali, Sergio Mattarella hari ini memperingati ulang tahun ke-500 kematian Leonardo da Vinci di Perancis, memberikan penghormatan kepada cendekiawan Rennaissance itu dengan mengunjungi makamnya.

    Bandar sepi Amboise di tebing Sungai Loire—di mana Leornado meninggal dunia dalam 1519 pada usia 67 tahun – tampak dikenakan perintah berkurung kerana kebimbangan protes oleh pergerakan akar umbi Perancis, ves kuning.

    Lalu-lintas di bandar 13,000 penduduk itu dilarang dalam jarak 5km dan restoran serta kedai-kedai yang sibuk pada lazimnya, ditutup. Pada Rabu, berpuluh-puluh kereta ditunda pergi, dengan beberapa pemilik warga asing tidak menyedari langkah keselamatan drakonian yang dikenakan.

    Selepas mengunjungi makam Leonardo, Macron dan Mattarella menuju ke istana Clos Luce, yang pernah didiami Leonardo dan meninggal dunia di bawah naungan Raja Perancis I, untuk menikmati makan tengah hari. – AFP

    Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Itali Sergio Mattarella melawat Istana du Clos Luce yang pernah didiami Leonardo da Vinci bagi memperingati ulang tahun ke-500 kematiannya di Amboise, selatan Perancis, 2 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda