Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis kekalkan cukai syarikat teknologi gergasi

    PARIS, 27 NOV – Perancis meneruskan pemungutan cukai khas ke atas syarikat teknologi gergasi seperti Amazon dan Facebook walaupun berdepan dengan ancaman tarif Amerika Syarikat (AS) untuk beberapa barangan buatannya seperti keju, beg tangan dan barangan lain.

    Cukai tersebut menjana sekitar 400 juta euro dalam bajet Perancis tahun lalu, tetapi kerajaan bersetuju untuk menangguhkannya pada tahun 2020, sebagai ganti janji Amerika untuk membatalkan ancaman tarif sementara menunggu perbincangan mengenai perjanjian antarabangsa mengenai cukai syarikat dalam talian.

    Perancis berharap kesepakatan seperti itu dapat dicapai pada akhir tahun ini. Bagaimanapun pentadbiran Trump telah menarik diri daripada rundingan, yang diketuai oleh Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), dan belum ada kesepakatan telah termeterai dalam rundingan tersebut.

    Justeru, Menteri Kewangan Perancis Bruno Le Maire berkata kelmarin bahawa Perancis sekali lagi akan mengenakan cukai tersebut.

    Bercakap dalam lawatan ke Itali, dia menambah: “Kami semestinya berharap agar presiden G20 Itali memberikan dorongan untuk mencapai kesepakatan di dalam OECD, yang dapat didukung oleh semua negara Eropah, mengenai cukai yang adil terhadap syarikat teknologi gergasi. “

    Seorang pegawai Kementerian Kewangan berkata Perbendaharaan Perancis mengirim bil cukai 2020 kepada Amazon, Google dan syarikat lain yang terjejas oleh tindakan itu minggu lalu, dan mereka harus melunaskan bayaran tersebut pada akhir tahun ini.

    Kementerian menjangkakan jumlah hasil cukai akan sedikit lebih banyak daripada tahun lalu memandangkan syarikat teknologi besar menjana keuntungan yang lebih baik di tengah-tengah penularan wabak koronavirus.

    Menteri perdagangan Perancis memberitahu The Associated Press awal bulan ini bahawa dia berharap pentadbiran presiden terpilih Joe Biden akan bergabung semula dalam perbincangan di OECD untuk kesepakatan global. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda