Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perancis kerah 15,000 askar bagi Sukan Olimpik

    PARIS, 24 NOV – Tentera Perancis merancang untuk mengerahkan 15,000 askar untuk operasi keselamatan terbesar Sukan Olimpik Paris tahun depan, kata seorang jeneral tentera yang terlibat dalam persiapan itu kelmarin.

    Sebahagian besar pasukan tentera – hampir 10,000 orang anggota – akan dikerahkan di kawasan Paris, di mana kebanyakan acara Olimpik akan diadakan, kata Jeneral Christophe Abad, pemerintah tentera Paris yang berkhidmat sebagai penasihat tentera kepada ketua polis ibu negara Perancis.

    Pasukan tentera juga akan ditugaskan untuk acara itu sehingga 15,000 kilometer (hampir 10,000 batu) jauhnya di Tahiti, di mana kapal laut akan menjaga tempat tersebut untuk sukan luncur air.

    Di Paris, kem tentera sementara untuk 5,000 orang anggota akan didirikan di sebuah taman di bahagian tenggara ibu negara, menjadikan pasukan itu berdekatan dengan tapak Olimpik bandar itu, kata Abad.

    Operasi keselamatan bagi Sukan Olimpik yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, dan diikuti oleh Sukan Paralimpik, adalah yang paling terbesar bagi Perancis.

    Puluhan ribu orang pegawai polis dan kakitangan keselamatan swasta juga akan dikerahkan. Undang-undang baharu juga membenarkan penggunaan sementara kamera yang digabungkan dengan perisian kecerdasan buatan untuk mengimbas masalah keselamatan.

    Tentera Perancis juga merancang untuk mengerahkan dron pengawasan Reaper dan pesawat pemantauan ruang udara AWACS, pesawat pejuang, pesawat pengisi bahan bakar udara dan helikopter yang boleh membawa penembak tepat dan peralatan untuk menghalang dron lain. – AP

    Cincin Olimpik di hadapan Dewan Bandar Paris, di Paris pada 30 April 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...